Wednesday, June 2, 2010

Bab 3: MENITI PADA HALAMAN BUDI



SEJAK kebelakangan ini Zam jarang-jarang benar dating kerumahku. Sudah hamper seminggu aku tidak menemuinya. Mungkin dia merajuk dengan aku atau mungkin juga dia sibuk dengan kerja-kerja, hariannya. Pada kebiasaannya kalau pun sibuk dengan kerja-kerja, dia tetap akan berkunjung ke geraiku. Kalau tidak ke geraiku pada siiang harinya, pada malam hari pula dia akan ke rumahku.
      Sunyi juga aku tanpa dia. Kalau dia ada di gerai bersamaku, pasti dia akan mendengdangkan puisi-puisi yang baru dihasilkannya. Waktu itu aku akan memetik gitar lagu-lagu klasik mengiringi alunan puisi yang disyairkanya.
      Pernah juga aku menyarankan dia menghantar segala karyanya ke mana-mana pihak penerbitan majalah atau sekurang-kurangnya di RTM. Sarananku telah menjadiakn dia lebih cenderung menulis puisi.
      Minggu lepas sebuah puisi terbaru dihasilkannya telah mengisi ruangan Coretan Rasa pada siaran Radio 3 Johor Bahru.
      “Minggu ini kita dengarkan sebuah puisi hasil pena saudara Zam Duka, Pontian Johor berjudul ‘ Hatiku hatimu.’ Sempat juga ku rakamkan ke dalam keset siaran petang itu.

      Teman…esok mungkin aku tidak seperti hari ini..
      Esok mungkin aku  akan menyakiti hatimu,
      Esok mungkin aku akan mengecewakan hatimu,
      Atau  mungkin juga esok  aku akan menghiburkan hatimu.

      Hari ini aku ingin bicarakan,
      Sebuah bicara yang ada noktahnya,
      Sebuah kata-kata yang ada maknanya,
      Ssebaris ayat yang penuh pengharapan.

      Teman.. seandainya esok aku tidak ke mari lagi,
      Seandainya esok aku mungkiri janji,
      Walaupun telah kukatakan aku tidak begitu,
      Yang pastinya tolonglah kau maafkan daku,
      Dan pastinya hatimu berbicara benci padaku,
      Dan terguris kerana perbuatanku,
      Dan aku juga mengampunimu jika mungkin..

     

      Mungkin kau berkata aku bukan temanmu yang baik,
      Lantas kau sumpah seranah aku,
      Maka dosa itu sudah tiada lagi kerana…
      Hatiku dan hatimu sudah sama-sama berbicara..
      Maaf….’

      Puisi ini merupakan puisi pertamnya yang Berjaya membuat hati ramai peminat rancangan ‘Coretan rasa Rembang Petang’ di Radio 3 itu. Zam kerap mendapat surat-surat peminat yang menyatakan ingin berkenalan dengannya. Tidak kurang juga yang meminati tulisan-tulisannya.

      Puisinya juga sering kali menyerikan rancangan ‘Melodi Dalam Lagu’ terbitan radio Perbadanan Penyiaran Singapura. Zam juga selalu juga mendpat tempat di dalam akhbar mingguan Utusan Melayu dan pernag menikmati pembayaran hasil daripada penulisannya.

      Aku pernah menyuruhnya mengirimkan saja semua puisi yang pernah ditulinya itu kepada pihak penerbitan untuk dibukukan. Setakat ini Zam nampaknya belum berminat dengan sarananku. Ktanya dia belum lagi layak digealr sebagai penyair atau sasterawan.

      Hampir senja aku di gerai melayani orang kampung yang berkunjung ke geraiku membeli buku-buku bacaan dan majalah. Kanak-kanak tidk kurang juga berkunjung ke geraiku untuk membeli belon,gula-gula dan macam-macam lagi makanan ringan yang aku jual.

      Hampir senja juga Zam tidak menjenguk-jenguk ke geraiku. Risau juga hatiku dengan sikapnya. Mungkin dia merajuk denganku. Aku membuat keputusan untuk ke rumahnya selepas solat magrib nanti.

      Sejak aku memulakan perniagaanku di gerai ini tiga bulan yang lalu, ibu tidak lagi membebel macam selalu. Ibu ada juga membantuku berjual di gerai kalau dia tidak ada mengambil upah tempahan baju. Senyum ibu sudah cukup menjadi penawar aku dan para pengunjung geraiku. Ibu pernah bercadang untuk mempebesarkan perniagaanku itu. Aku tahu ibu mempunyai wang simpanan. Pernah juga dia menyarankan pada aku agar menambahkan berbagai-bagai keperluan orang kampung, tapi tidaklah keperluan seperti barabg runcit. Mungkin ibu berfiki untuk menambah barang-barang yang tidak mudah rosak dan boleh disimpan lama.

      “ibu fikir bagaimana kau besarkan sedikit gerai kau itu agar kelihatan seperti kedai yang lengkap dengan barang-barang keperluan orang kampung,” saran ibu pada suatu malam selepas kami sama-sama menikmati makan malam.

      Aku tidak membantah cadangan ibu itu kerana aku memang berhasrat untuk menambah barang-barang lain seperti songkok,kupiah,sejadah,kain putih untuk telekung,alat-alat solek dan buku-buku agama.
Ibu nampaknya bersetuju dengan cadangan itu. Ibu telah mengizinkan aku menggunakan wang simpanannya sejumlah RM 5000 untuk menambahkan barangan dan membesarkan ruang geraiku agar menjadi kedai kecil tetapi mempunyai keperluan yang mencukupi untuk orang kampung.

      MALAM  itu, selepas sembahyang maghrib aku pergi ke rumah Zam. Malam yang samar-samar diterangi cahaya bulan memudahkan lagi aku mengayuh basikal menyusuri jalan tanah merah berlekuk-lekuk menuju je runahnya. Kalau mengharapakan lampu basikalku yang sekejap menyala, sekejap padam, sudah tentu aku terjerumus ke dalam parit yang berliku-liku di kiri kanan jalan.

      Sesampai sahaja aku dirumahnya, kulihat cahaya lampu gaslin yang sering menyinari rumah itu tidak pula terpasang. Gelap, sunyi, hanya sesekali kedengaran suara orang terbatuk-batuk kecil. Aku pasti batuk-batuk kecil itu datangnya daripada Mak Cik Munah, ibu Zam. Tidak kedengaran langsung suara Zam yang biasanya bernyanyi-nyanyi dan kadang kala mendengdangkan lagu-lagu puisinya dengan diiringi petikan gitar kapuk.

      Aku menyandarkan basikalku pada tian rumah berhampiran tangga untuk  naik ke ruang beranda rumah itu. Aku memijak satu demi satu anak-anak tangga. Sengaja aku tidak member salam terlebih dahulu. Aku mahu pastikan yang Zam kawanku berada di rumah. Kalau tidak, aku fikir lebih baik tidak perlu mengganggu Mak Cik Munah.

      Aku cuba mengintai-intai melalui celah-celah lubang rekahan dinding rumah itu yang membolehkan aku menyaksikan sudut di dalam rumah. Api yang menyala pada pelita minyak tanah  meliak-liuk mengeluarkan cahaya samar-samar menerangi sebahagian ruang di dalam rumag. Padanganku tertumpu pada suatu arah sebatang tubuh yang agak sasa juga, sedang meniarap di hadapan pelita minyak tanah itu.

      Tangan dan jari-jari tubuh itu sedang asyik menghayu sebatang pena mencatat sesuatu pada sehelai kertas. Aku pasti. Benar-benar pasti tubuh yang meniarap itu adalah Zam kawanku. Htiku agak lega apabila Zam berada di rumah.

     “Assalammualaikum!” kuberi salam dan mengetuk pintu rumah itu berkali-kali.

      “Waalaikumsalam…” kemudian kudengar suara Zam menyahut salamku. Selang beberapa saat, pintu rumah dibukanya. “Ehh…Mid…masuklah..,” dapat kulihat seimbas senyuman dari bibir Zam yang agak terperanjat dengan kehadiranku ini. Aku tidak berkata apa-apa. Aku hayun langkahku masuk kedalm rumahnya. Kemudiannya tanpa disuruh duduk, aku telah meletakan punggungku ke kerusi rotan yang terletak menghiasi ruang tamu rumah itu.

      Aku lihat Zam seolah-olah serba salah dengan kehadiranku. Sekejap dia ke biliknya, sekejap kemudian dia mendapatkan aku tetapi tidak berkata apa-apa. Aku risau juga ketika itu, takut kalau-kalau mengganggu situasinya yang mungkin tidak memerlukan kehadiranku.

      “Kau duduk dulu Mid, aku nak ke dapur sekejap,”tiba Zam bersuara memecah kesunyian sejak tadi. Dia menghayun langkahnya agak deras melepasi jejenag pintu untuk keruang dapur. Aku hanya memerhatikan sahaja langkahnya.

      Aku capai kertas yang masih bersebelahan pelita minyak tanah. Di dalam samar-samar cahaya lampu minyak tanah itu dapatlah juga kubaca beberapa baris ayat yang tertulis pada muka lembaran pertama kertas itu.

      ‘Teman…aku pasti kau meananti kehadiranku..
      Tapi aku tak mampu menemuimu,
      Aku kalut sekarang..
      Aku benar-benar berdukacita dengan bicaramu.

      Tetapi aku sebenarnya telah memikirkan,
      Apa sebenarnya yang kaukatakan.
      Cuma….
      Lantaran hatiku mudah sahaja menghembuskan perasaan,
      Perasaan yang aku sendiri menyakini,
      Bahawa…aku sebenarnya manusia yang miskin,
      Miskin pada daya,
      Miskin pada rupa,
      Miskin pada cinta, dan…
      Miskin pada mengenali hati budimu..

      Aku dapat menghayati isi dan erti puisinya itu. Aku tahu dia benar-benar tersinggung dengan nasihatku minggu lalu. Aku merasakan tidak sepatutnya aku menasihati dia begitu demi erti sebuah persahabatan. Bak kata orang ‘ sahabat yang baik adalah sseorang yang suka memarahi sarta menasihati sahabatnya, tetapi sahabat yang selalu mengiakan segala apa yang sahabatnya lakukan atau perkatakan bermakna itu bukanlah sahabat yang sejati’.

      Aku nasihat dia minggu lalu dengan panjang lebar. Mungkin ada beberapa perkataan yang kuluahkan amat meyinggung perasaannya.

      Aku rasa kehadiranku malam ini mungkin membuatnya mengerti erti sebuah persahabatan yang ikhlas. Aku harap dia dapat menerima aku kembali sebagai sahabatnya dan memaafkan aku yang mungkin berbicara keterlaluan dan menyinggung perasaannya.

      “Dari mana kau Mid..?” agak tersentak sejenak aku apabila ditegur oleh Zam yang sedang meniting dia dua gelas besar air kopi panas. Leka benar aku membaca dan menghayati puisinya itu.

      “Sahaja aku ke mari..nak berjumpa dengan sahabatku..sahabatku yang jauh hati, sahabatku yang tersinggung dengan bicaraku tempoh hari. Aku harap sahabatku itu dapat memaafkan aku, sekiranya aku bersalah,” beritahuku dengan gaya yang agak puitis sedikit.

      “Em…sedap bahasa dan gaya kaubercakap. Aku terpesona. Aku ingin menyatakan yang aku juga bersalah kepada mu, lantas aku juga ini berbicara memohon kemaafan yang seperti mana kau telah lebih awal membicarakannya,” begitu kata-katanya meyambung percakapanku sebentar tadi. Akhirnya kami bersalam-salamn dengan diiriingi gelak kecil.

      “Lama Mid kau tak dating ke mari?” tiba-tiba kedengaran suara agak serak-serak basah menegurku dari jarak yang tidak beberapa meter sahaja berhampiran pintu masuk dari ruang dapur ke ruang tamu, mematikan gelak ketawa kami.

      “Eh..mak cik, apakhabar mak cik?” tanyaku, lantas bangun mendapatkanya dan menghulurkan tangan bersalaman dengannya.

      “Baik..Ibu kau apa khabar? Sihat? Lama benar aku tidak berjumpa dengannya. Selalu dia ke kedai Ah Guan. Tapi sejak sudah ada gerai, jarang-jarang benar dia ke kedai lagi,” agak panjang lebar jugak bual Mak Cik Munah.

      “Ibu saya sebenarnya sibuk sedikit sejak kebelakangan ini. Sebelah pagi selepas menorah, dia ke kebun. Sebelah tengah hari selepas masak dia sibuk pula buat kuih jualan untuk dijual di gerai saya itu. Masa baginya begitu penting sekarang ini. Dia bercadang hendak mengumpul wang untuk ke Mekah tahun hadapan kalau-kalau diizinkan Allah,” ujarku kepada Mak Cik Munah.

      “Baguslah itu. Kalau ada keupayaan, suruhan Tuhan perlu dilaksanakan. Macam mak cik ini, rasanya tidak mungkin dapat menjejakkan kaki ke sana,” ujar Mak Cik Munah agak sayu suaranya, menampakkan rasa kecewa dengan kemiskinan yang dialami olehnya kini. Aku bersimpati dengan nasib keluarga itu.

      Pernah kudengar cerita tentang keluarga itu yang sepuluh tahun lalu terpaksa menerima qadak dan qadar penentuan Tuhan. Suami Mak Cik Munah, Pak Halim telah mati dalam suatu kemalangan jalan raya ketika menjadi pemandu lori balak. Pelanggaran berlaku di antara lori balak yang dipandunya dengan lori tangki minyak petrol telah menyebabkan keluarga yang mempuyai serba sedikit harta itu telah terpaksa menjual semua hartanya untuk membayar kos guaman. Malangnya kes pelanggaran itu tidak mendapat sebarang pampas an gantirugi daripada pihak insurans kerana lori yang dipandu oleh Pak Halim tidak memenuhi syarat-syarat undang-undang jalan raya yang lengkap. Cukai jalan lori itu tidak diperbaharui Setelah tamat tempohnya.

      Hampir sepuluh ribu ringgit keluarga Pak Halim terpaksa membayar denda saman,kos perbicaraan dan kos ganti rugi melanggar orang kedua dalam pelanggaran itu. Agak malang nasib keluarga itu, ibarat kata pepatah ‘ sudah jatuh ditimpa tangga’. Malang yang berlarutan tak dapat menyebelahi nasib mereka. Keluarga yang hilang tempat bergantung hidup itu kemudiannya terpaksa menjual tanah dan rumahnya untuk menyara hidup dan pulang ke kampung.

      Mujurlah di kampungnya ada se bidang tanah pusaka yang ditanam pokok getah, hasil peninggalan arwah nenek Zam. Dengan berbekal kegigihan dan semangat yang cekal berjuang untuk membesarkan anak tunggalnya, Mak Cik Munah terpaksa mengharung embun dan kesejukan subuh pagi meredah anak-anak sendayan dan senduduk, terbongkok-bongkok menoreh.

      Waktu itu Zam masih kecil lagi. Zaman kanak-kanakku dengannya memang seronok walaupun kami hhidup di dalam kemiskinana tetapi kami tidak pernah memikirkan soal hidup dan apa itu erti kesusahan.

      “Mid, aku masih ingat dengan kata-kata kau tempoh hari. Kau beritahuku, mengapa aku tidak mahu mencuba nasib untuk menghantar segala tulisanku kepada penerbit buku. Kau tahu kenapa aku tidak bersetuju?” Pertanyaan Zam kepada aku agak mendadak. Sebenarnya aku tidak langsung memikirkan perkara itu. Walau bagaimanapun aku perlu menjawab pertanyaannya itu ddengan pertanyaan juga. “Kenapa…?” tanyaku agak ringkas.

      “Aku bukan sasterawan. Aku bukan penulis yang mempuyai segulung ijazah. Aku Cuma penulis yang belajar di bawah pokok getah. Dengan alunan suara nyaring sang nyamuk, dengan kicauan burung-burung yang menyayikan lagu-lagu kelaparan dan kehadiran senja yang menyungkap malam untuknya. Macam mana aku boleh menghasilkan sebuah puisi yang baik untuk pembaca,” bicaranya agak panjang memberi penjelasan kepadaku.

      Benar sungguh kata para sasterawan, kalau hidup di dalam dunia yang penuh khayalan, setiap perbuatan atau patah perkataan akan terselit puisi-puisi yang indah-indah dan sukar dimengertikan. Begitu juga dengan Zam. Kenapa orang kampung menganggap dia gila aku juga tahu. Dan aku pernah juga menganggap dia begitu. Dunianya penuh puitis, penuh khayalan tetapi yang lahir dengan nyata pada setiap ungkapannya dan penuh erti jika difahami maksudnya.

      “Kau punya bakat, Kau tentu tahu siapa Dr. Hamka Bukan?”

      Em..aku tahu. Kenapa dengannya?”

      “Dia berasal dari anak kecil pengutip kertas-kertas surat khabar lama, buku-buku yang tidak terpakai lagi untuk dijual bagi menyara hidupnya. Melalui kertas-kertas dan buku-bku itulah dia belajar menulis,membaca,berfikir dan melahirkan idea. Anak kecil yang hanya berpelajaran setakat darjah enam sahaja itu akhirnya begitu terkenal dengan buku-buku tulisannya,dengan ceramah-ceramahnya,dengan madah pujangganya dan bergelar Doktor Falsafah dan bergelar professor Dr. Hamka. Apakah engkau tidak menginginkan itu semua?..Tidak sesiapa tahu suatu hari nanti lahir seorang sasterawan muda anak kampung ini. Dan engkaulah sasterawan itu,” agak panjang lebar juga aku memberikan pendapat kepadanya.

      Zam hanya berdiam diri. Mungkin diamnya itu penuh bermakna. Bermakna seadang memikirkan pendapatku tadi, atau bermakna dia tidak yakin. Aku pasti salah satu jawapan itu menyelinap di dalam otaknya.

        “Benar kata kau itu Mid..aku tahu. Kalau ada kemahuan akan berakhir dengan kepuasan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan,” Aku sudah dapat mengagak jawapan yang telah diberitahunya sebentar tadi. Dia mungkin bersemangat kembali untuk memajukan bakatnya. Aku pasti…bersambung insyaallah. 

No comments:

Post a Comment